Sewa rumah adalah salah satu daripada perkhidmatan utama yang dibuat pungutan harga dan diambilkira dalam pengiraan Indeks Harga Pengguna. Survei Sewa Rumah dijalankan secara suku tahunan iaitu pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober. Terdapat dua jenis borang yang digunakan untuk memungut harga sewa rumah iaitu Borang 48A dan 48B di mana:
Borang 48A - bagi tempat kediaman baru yang terpilih
Borang 48B - bagi tempat kediaman sedia ada terpilih
Sewa yang dipungut adalah sewa sebenar yang dibayar oleh penyewa kepada pemilik rumah pada bulan rujukan. Jenis tempat kediaman (TK) yang dibuat pungutan harga ialah dari lapan kategori iaitu Rumah berasingan setingkat; Rumah berasingan dua tingkat; Rumah berkembar setingkat; Rumah berkembar dua tingkat; Rumah teres setingkat; Rumah teres dua tingkat; Apartmen / kondominium dan Flat kos rendah / rumah kedai.