Prestasi Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana (PMKS) 

Gambaran Keseluruhan

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) PMKS berkembang 5.8 peratus, menyumbang 39.5 peratus kepada ekonomi Malaysia pada 2024

 

KDNK PMKS Malaysia bertumbuh 5.8 peratus pada tahun 2024, menyumbang sebanyak RM652.4 bilion dalam bentuk nilai ditambah atau 39.5 peratus daripada KDNK Malaysia. PMKS mencatatkan pertumbuhan sedikit lebih tinggi berbanding pertumbuhan keseluruhan KDNK Malaysia iaitu 5.1 peratus pada tahun 2024. Sebagai perbandingan, KDNK PMKS meningkat 4.9 peratus pada tahun 2023, dengan nilai ditambah berjumlah RM616.6 bilion.

 

Perkembangan ini disokong oleh prestasi yang stabil dalam sektor Perkhidmatan dan Pembuatan yang merangkumi 84.7 peratus daripada KDNK PMKS. Ini diikuti oleh sektor Pertanian (8.7%), Pembinaan (5.0%) dan Perlombongan & pengkuarian (0.5%).

 

Eksport PMKS pada tahun 2024 berjumlah RM196.8 bilion, merekodkan pertumbuhan 31.3 peratus berbanding 3.0 peratus pada tahun 2023. Peningkatan ini disokong oleh sektor Perkhidmatan dan Pembuatan masing-masing meningkat sebanyak 114.8 peratus dan 7.9 peratus. Eksport PMKS menyumbang 14.3 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada tahun 2024.

 

Guna tenaga PMKS terus mencatatkan peningkatan dengan pertumbuhan tahunan yang lebih perlahan iaitu 3.1 peratus berbanding 3.5 peratus pada tahun 2023, untuk merekodkan sejumlah 8.10 juta orang. Sehubungan itu, sumbangan guna tenaga PMKS kepada guna tenaga Malaysia pada tahun 2024 adalah 48.7 peratus, meningkat 0.2 mata peratus berbanding tahun sebelumnya.

 

Produktiviti buruh PMKS yang diukur sebagai nilai ditambah per pekerja meningkat 2.6 peratus untuk mencatatkan nilai produktiviti sebanyak RM80,507 per pekerja (2023: RM78,475 per pekerja). Semua sektor menunjukkan peningkatan dalam produktiviti buruh, dengan pertumbuhan tertinggi produktiviti buruh PMKS direkodkan oleh sektor Pembinaan (16.8%), diikuti Pembuatan (2.2%), Perlombongan & pengkuarian (2.0%), Pertanian (1.9%), dan Perkhidmatan (1.6%).

 

Penerbitan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) 2024 ini boleh dimuat turun melalui portal eStatistik.

Infografik
Stats Alert
Langgan
Newsletter

Subscribe to our newsletter and stay updated

Ikuti Kami
Ikuti halaman Facebook kami dan kekal perkembangan terkini
Ikuti

Untuk temu bual, kenyataan akhbar dan penjelasan kepada media, hubungi:
Baharudin Mohamad
Pegawai Perhubungan Awam
Emel: baharudin[at]dosm.gov.my
Telefon: 03 8090 4681


Tidak jumpa apa yang anda cari? Sila mohon data daripada kami, melalui
Layari eStatistik
Emel: data[at]dosm.gov.my
Telefon: 03 8885 7128 (permintaan data)

Kandungan

Gambaran Keseluruhan
Infografik
Data
Publication
Kenyataan Akhbar
Stats Alert

Penerbitan Lain

Data Siri Masa
Arkib Penerbitan
Halaman Data Ringkasan Nasional (NSDP)
Poket Stats

Tema Berkaitan

Penduduk & Demografi
Alam Sekitar
Pendapatan & Perbelanjaan Isi Rumah
Akaun Negara
TOP