Gambaran Keseluruhan

Sektor Pembinaan mencatat pertumbuhan kukuh 10.6 peratus dengan nilai kerja berjumlah RM45.4 bilion pada suku ketiga 2025


Nilai kerja pembinaan bagi sektor Pembinaan mencapai RM45.4 bilion pada suku ketiga 2025, mencatatkan peningkatan sebanyak 10.6 peratus, berbanding pertumbuhan 12.9 peratus yang direkodkan pada suku sebelumnya. Prestasi kukuh ini terutamanya dipacu oleh perkembangan subsektor Aktiviti pertukangan khas dan Bangunan kediaman, yang masing-masing meningkat sebanyak 15.3 peratus dan 11.6 peratus. Subsektor Bangunan bukan kediaman turut meningkat sebanyak 10.0 peratus, manakala subsektor Kejuruteraan awam mengekalkan momentum positif dengan kadar pertumbuhan yang sederhana iaitu 8.9 peratus.


Daripada keseluruhan nilai kerja sebanyak RM45.4 bilion yang dicatatkan pada suku ketiga 2025, sejumlah RM16.5 bilion atau 36.4 peratus disumbangkan oleh subsektor Kejuruteraan awam, terutamanya dalam aktiviti pembinaan projek Utiliti (RM8.9 bilion) dan Jalan raya dan landasan kereta api (RM5.7 bilion). Sementara itu, nilai kerja bagi subsektor Bangunan bukan kediaman dan Bangunan kediaman masing-masing menyumbang RM12.9 bilion (28.5%) dan RM10.5 bilion (23.0%). Aktiviti pertukangan khas pula menyumbang sebanyak RM5.5 bilion (12.1%), terutamanya dalam aktiviti Penyediaan tapak (RM1.6 bilion); Pemasangan elektrik (RM1.4 bilion); dan Pemasangan paip, pemanasan dan penghawa dingin (RM1.0 bilion).


Sektor swasta terus menjadi pemacu utama pertumbuhan pada suku ini, menyumbang RM29.5 bilion atau 65.0 peratus daripada jumlah nilai keseluruhan. Sektor swasta mengekalkan momentum dua digit dengan pertumbuhan sebanyak 13.1 peratus (ST2 2025: 19.3%), didorong oleh prestasi kukuh dalam subsektor Bangunan bukan kediaman (14.3%) dan Bangunan kediaman (13.4%). Sementara itu, nilai kerja pembinaan oleh sektor awam, menyumbang 35.0 peratus bernilai RM15.9 bilion, mencatatkan pertumbuhan yang lebih perlahan sebanyak 6.1 peratus (ST2 2025: 3.1%). Pertumbuhan ini terutamanya didorong oleh subsektor Aktiviti pertukangan khas dengan peningkatan 23.9 peratus.


Hampir 62.1 peratus daripada nilai kerja tertumpu di Selangor, Johor, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan). Nilai kerja pembinaan di Selangor berjumlah RM10.5 bilion atau 23.1 peratus, disumbangkan oleh subsektor Bangunan bukan kediaman (RM3.7 bilion), diikuti oleh subsektor Bangunan kediaman (RM3.1 bilion) dan subsektor Kejuruteraan awam (RM2.5 bilion). Sementara itu, Johor menduduki tempat kedua dengan nilai RM8.2 bilion atau 18.0 peratus, terutamanya dalam subsektor Bangunan bukan kediaman (RM3.1 bilion). Pada masa yang sama, nilai kerja di Sarawak adalah RM4.9 bilion (10.7%), manakala Wilayah Persekutuan mencatatkan RM4.7 bilion (10.3%).”


Merumuskan prestasi nilai kerja pembinaan bagi tiga suku pertama tahun 2025, sektor ini mencatatkan jumlah nilai sebanyak RM132.2 bilion, dengan peningkatan sebanyak 13.3 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2024 (ST1 hingga ST3 2024: 19.1%). Pertumbuhan ini didorong oleh prestasi positif dalam semua subsektor, terutamanya dalam Aktiviti pertukangan khas (23.5%) dan Bangunan kediaman (17.0%).


Penerbitan Statistik Pembinaan Suku Ketiga 2025 boleh dimuat turun melalui portal eStatistik.


Dikeluarkan oleh:


JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

12 November 2025

Infografik
Nota Teknikal / Metodologi
Stats Alert
Langgan
Newsletter

Subscribe to our newsletter and stay updated

Ikuti Kami
Ikuti halaman Facebook kami dan kekal perkembangan terkini
Ikuti

Untuk temu bual, kenyataan akhbar dan penjelasan kepada media, hubungi:
Baharudin Mohamad
Pegawai Perhubungan Awam
Emel: baharudin[at]dosm.gov.my
Telefon: 03 8090 4681


Tidak jumpa apa yang anda cari? Sila mohon data daripada kami, melalui
Layari eStatistik
Emel: data[at]dosm.gov.my
Telefon: 03 8885 7128 (permintaan data)

Kandungan

Gambaran Keseluruhan
Infografik
Data
Publication
Kenyataan Akhbar
Nota Teknikal / Metodologi
Stats Alert

Penerbitan Lain

Data Siri Masa
Arkib Penerbitan
Halaman Data Ringkasan Nasional (NSDP)
Poket Stats

Tema Berkaitan

Penduduk & Demografi
Alam Sekitar
Pendapatan & Perbelanjaan Isi Rumah
Akaun Negara
TOP