©Copyright Department Of Statistics Malaysia (DOSM) All Rights Reserved

Penerbitan Statistik Bumiputera 2022 adalah julung kali
diterbitkan kepada umum oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Penerbitan ini
memaparkan statistik di peringkat nasional dan negeri bagi tahun 2015 hingga
2022. Penerbitan ini juga meliputi statistik dalam bidang sosial dan ekonomi.
Jumlah penduduk
Bumiputera di Malaysia pada tahun 2022 dianggarkan 21.13 juta (Lelaki:
10.69 juta; Perempuan: 10.44 juta). Nisbah jantina Bumiputera bagi tahun 2021 pula
adalah 102.
Kadar kesuburan
jumlah bagi Bumiputera adalah pula adalah 2.1 pada tahun 2021. Manakala, jangka
hayat Bumiputera ketika lahir mencatatkan 70.5 tahun bagi lelaki dan 74.7 tahun
bagi perempuan.
Enam sebab utama
kematian Bumiputera yang disahkan secara perubatan pada tahun 2021 ialah
COVID-19 Infection (due to) (17,654), Ischaemic Heart Diseases (13,563),
Pneumonia (10,914), Cerebrovascular Diseases (6,905), Transport Accidents
(2,131) dan Diabetes Mellitus (2,070).
Bilangan tenaga
buruh Bumiputera pada tahun 2021 mencatatkan 9.26 juta (Lelaki: 5.58 juta;
Perempuan: 3.68 juta). Kadar penyertaan tenaga buruh Bumiputera pula
mencatatkan 65.8% (Lelaki: 78.9%; Perempuan: 52.6%), manakala kadar
pengangguran merekodkan 5.0% (Lelaki: 4.5%; Perempuan: 5.8%).
Bilangan siswazah
Bumiputera pada tahun 2021 mencatatkan 3.36 juta (Lelaki: 1.63 juta; Perempuan:
2.00 juta). Kadar penyertaan tenaga buruh bagi siswazah Bumiputera ialah 88.5%
bagi lelaki dan 81.9% bagi perempuan. Kadar pengangguran bagi siswazah
Bumiputera lelaki dan perempuan pula masing-masing merekodkan 5.0% dan 4.3%.
Bagi pindahmilik
harta tanah Bumiputera pada tahun 2021, harta tanah jenis kediaman mencatatkan
bilangan transaksi 106,276 dengan nilai pindahmilik RM30.83 bilion. Manakala,
harta tanah jenis komersial merekodkan 2,834 transaksi dengan nilai pindahmilik
RM1.45 bilion.
Penerbitan ini boleh dimuat turun melalui Portal eStatistik.
Dikeluarkan oleh:
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
6 Disember 2022
Subscribe to our newsletter and stay updated
Untuk temu bual, kenyataan akhbar dan penjelasan kepada media, hubungi:
Baharudin Mohamad
Pegawai Perhubungan Awam
Emel: baharudin[at]dosm.gov.my
Telefon: 03 8090 4681
Tidak jumpa apa yang anda cari? Sila mohon data daripada kami, melalui
Layari eStatistik
Emel: data[at]dosm.gov.my
Telefon: 03 8885 7128 (permintaan data)

Text Color
A A A AText Size
A+ A A-